Sabtu, 30 November 2013

sinopsis Rantau 1 Muara



Man Saara Ala Darbi Washala

Judul Buku  : Rantau 1 Muara
Penulis/ Pengarang : Ahmad Fuadi
Penerbit          : Gramedia Pustaka Utama
Tahun Terbit  : 2013
Tebal Buku  : 408 halaman


“Man Saara Ala Darbi Washala”
Siapa yang berjalan di jalannya, akan sampai ke tujuan.

Adalah mantra ketiga yang dimunculkan Ahmad Fuadi dalam buku ketiganya dari Trilogi Negeri 5 Menara. Setelah ia juga meraup sukses dengan buku keduanya, Ranah 3 Warna, kini penulis yang pernah bekerja sebagai wartawan TEMPO ini mencoba mengejutkan (lagi) pembacanya yang telah lama menantikan buku ketiganya. Alhasil, Mei 2013, buku ini terbit dengan cetakan pertamanya.

sinopsis 'Pemilik Cintaku'




'Pemilik Cintaku'

Mengisahkan tentang pengalaman cinta serta erti cinta yg sebenar yg diadaptasi dgn watak Qani’ah sbgai isteri and Dr. Muslih sbgai suami..

Qaniah seorg wanita yg tidak terlepas dgn perasan cinta dlm hati.. namun... prinsipnya ‘ cinta hanya untuk suami takkan kukongsi ‘ merantai dirinya.. Pelbagai dugaan cinta yg dialami sejak zaman persekolahan lg.. namun diakui cinta itu satu lumrah, banyak surat2 yg diterima dari insan bergelar lelaki mengganggu fikirannya sehingga menyebabkan keputusan peperiksaannya jatuh.. Setelah itu dia bangun kembali meneruskan prinsipnya dgn menyibukkan diri dgn pelbagai aktiviti dan mengharapkan pertolongan dari Illahi agar dia tabah mengahadapi dugaan tersebut..

Ketika zaman matrikulasi dan universiti sekali lagi diuji dgn cinta dan bukan calang2 org yg cuba mencuri hatinya.. namun dia tetap berpegang teguh dgn prinsipnya.. Risikan dtg bersilih ganti, solat istikharah dilakukan namun tiada apa yg ditemui.. tambahan pula cara mereka tidak menyenangkannya.. ‘menghantar sms tanpa ada org perantaraan’ menjadi antara sebab dia menolakknya..

sinopsis Mengintai Cinta Khalifah



Mengintai Cinta Khalifah

Mengisahkan kisah tiga watak utama yang mempunyai misi kehidupan yang tersendiri iaitu Imran, Laila dan Nanda.

Imran adalah pemuda yang mencari legasi al-Khalifah dengan menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Kemudian pulang dengan h...asrat menyedarkan remaja tentang dakyah zionis untuk memesongkan ‘fokus’ umat islam daripada agama sendiri. Zionis cuba membawa misi hiburan ke dalam minda anak muda agar mereka lupa tanggungjawab sebenar sebagai muslim.



Laila adalah watak yang mahukan keseronokan dan kesenangan hidup. Dia mendambakan kebahagiaan menerusi cara hidup tersendiri. Dia tidak menyukai agamawan. Watak Laila akan memperlihatkan percikan-percikan fitnah yang tercetus disebabkan ‘kejahilan’ diri sendiri.

Nanda adalah pengikut gerakan free mason yang bekerja untuk mengkaji dan menyampaikan maklumat berguna kepada gerakan itu. Dengan tujuan gerakan ini akan menggunakan maklumat itu untuk serangan saraf secara global. Namun, Nanda mempunyai seorang datuk yang pernah menyertai gerakan kezaliman pihak free Mason. Datuk Nanda meninggalkan beberapa catatan yang berguna untuk Nanda.

sinopsis Melodi hati



Melodi hati

Sinopsis: Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej, terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan i...bu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'.

Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah.

Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?

sinopsis Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu



Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu


Kesudahan kisah WCBS kelihatan tergantung apabila cinta Balqis terhadap Amir berakhir tanpa kepastian. Justeru, Balqis sudah berputus asa, namun dia belum mematikan niatnya untuk mencari pemuda seperti Amir sebagai pasangan hidup. Manakala ...Amir masih dalam kebingungan setelah selamat menjalani pembedahan.

Amir berada dalam status penyembuhan selama setahun. Sewaktu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja, di situlah ustaz Hamdi yang pernah mendidik beliau kembali mencurahkan perangsang dan motivasi. Ustaz Hamdi menyedarkan Amir agar terus berjuang dengan mata pena sebagai satu wasilah dakwah.



Di sebalik kisah Amir dan Balqis. Muncul watak Tasnim yang merupakan sahabat baik arwah Wardah. Beliau adalah seorang gadis yang membawa legasi cinta Wardah, dia menyimpan janji Wardah yang mahukan Tasnim menemui Amir. Ada beberapa perkara yang telah dituntut oleh Wardah dan perlu disempurnakan oleh Tasnim. Dari situ, Tasnim mula berdoa agar suatu hari dia akan ditemukan dengan Amir.

Sepanjang Amir berkerusi roda, Amelia yang berada dalam course perubatan mengambil tugas menjaga Amir sebaik mungkin. Amelia, selaku watak sampingan di dalam novel WCBS dan juga merupakan sepupu Amir yang sudah lama memendam kasihnya pada Amir. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan kampus. Dia sentiasa mengharap cintanya disambut oleh Amir. Dia banyak memberi dan berkorban untuk Amir. Sewaktu Amir sakit, dia banyak melawat dan menziarahinya. Sehinggalah Amir sihat dan bekerja, dia sentiasa mengharapkan cinta Amir.

sinopsis Denyut Kasih Medik

 
Denyut Kasih Medik


Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan i...tu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. ...Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik.
Softcover, 390 pages
Published February 2010 by Telaga Biru Sdn Bhd
 
 

sinopsis Cinta Kun Fayakun





Tajuk : Cinta Kun Fayakun
Pengarang : A. Ubaidillah Alias
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
...
“Kumpulan Cerpen-Cinta Kun Fayakun” ini menghimpunkan 13 buah cerpen hasil nukilan seorang penulis muda berbakat besar.

Koleksi cerpen ini memaparkan ideologi penulis dalam membicarakan tentang isu-isu sejagat, rakaman peristiwa dan realiti kehidupan.

Penghasilan cerpen ini merupakan wadah dan saluran untuk mengajak pembaca sama-sama mendasari erti kehidupan, kecekalan, kasih sayang dan sebagainya demi menghargai kehidupan dan nilai-nilai kemanusiaan

SINOPSIS CINTA KEMBALI BERTASBIH


Novel "CINTA KEMBALI BERTASBIH"
SUDAH TERBIT DAN BERADA DI PASARAN MULAI 17 JULAI 2011
Harga: RM 25.50 / RM 28.50
Tarikh Terbit: 5 Jul 2011
Jumlah Muka Surat : 736
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd...


 
SINOPSIS

Novel yang menceritakan perjalanan hidup Sofiy ar-Rahman yang merupakan abang kepada Fatimah az-Zahra yang membesar sebagai anak yatim piatu. Selepas kehilangan ibu bapa semasa kecil, Rahman membesar dengan agresif dan baran kerana mahu menjadi pelindung kepada adiknya Fatimah. Sikap samseng Rahman menjadikan pelajar dan guru di sekolah mengenalinya sebagai budak baran.

Selepas dia memasuki sekolah menengah, Rahman mula berubah sikap apabila dia jatuh hati pada seorang gadis bernama Rasima. Malangnya, kawan baik Rahman iaitu Safuan cemburu dan membuat fitnah padanya. Akibat fitnah itu, Rahman tersedar bahawa perjalanan hidupnya masih panjang dan dia mempunyai tanggungjawab terhadap adiknya Fatimah.

Di Kaherah, dia berkenalan dengan seorang dato' yang mempunyai pertalian dengan sejarah hidupnya. Secara tidak langsung dia diperkenalkan kepada anak dato' tersebut iaitu Uswatu 'Ulya yang belajar di Korea Selatan. Selepas pulang ke Malaysia, Rahman bertemu semula dengan watak-watak silam iaitu Rasima dan terhimpit dalam beberapa insiden. Konflik semakin sukar apabila beberapa watak lain muncul dalam hidup Rahman. Bagaimana Rahman mengambil pendekatannya yang dahulunya agresif dalam mendepani semua situasi ini?