Minggu, 01 Desember 2013

SINOPSIS: TRAVELOG Seorang Da'i




 TRAVELOG  Seorang Da'i

merupakan garapan kisah benar liku-liku perjalanan seorang pendakwah dalam mencari kekuatan sebagai bekal perjuangan. "Aku persembahkan buku ini untuk berkongsikan pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapat hidayah, bertugas di masjid, difitnah kefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya berdiri teguh dengan inayah Allah SWT" "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian" "Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekelian pembaca dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik" Firman Allah: "Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan" ABDUL RAHMAN MOHAMED

Tidak ada komentar :

Posting Komentar

silakan bila anda yang pingin komentar, tetapi tolong pakai bahasa yang sopan