Sesejuk Maaf Di Kalbu
Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di
tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila
bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa
memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga
tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi,
ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah.
Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh
kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga
beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi
kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan
banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir
dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis
menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala
Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan
ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang
melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah
kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan
sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.
Tidak ada komentar :
Posting Komentar
silakan bila anda yang pingin komentar, tetapi tolong pakai bahasa yang sopan