Tampilkan postingan dengan label sinopsis novel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sinopsis novel. Tampilkan semua postingan

Minggu, 01 Desember 2013

sinopsis Time Your Life



Masa Muda Seperti Apa? 


Judul Buku     : Time Your LifeBagimu, masa muda hanya sekali
Penulis           : Rando Kim
Penerbit         : Bhuana Ilmu Populer (BIP)  Kelompok Gramedia
Tebal buku     : 401 Halaman
Tahun Terbit   : 2010

"Masa muda adalah saat kamu ketika kamu merasa: bingung, tak berdaya, takut, kesepian, cemas, sekaligus berbahagia. Itulah masa muda."

Kalimat fragmen di atas dapat temukan di sampul buku "Time of Your Life" yang ditulis oleh Rando Kim, seorang profesor dan mentor kepala yang terbaik di Seoul National University. Ia berkecimpung di bidang ilmu pengetahuan konsumen, dan merupakan salah satu spesialis analisis tren terbaik di Korea. Buku ini pernah meraih peringkat pertama dalam daftar buku terlaris selama tiga minggu di Korea setelah diterbitkan. Selain itu, buku ini telah memecahkan rekor penjualan dari satu juta kopi hanya dalam waktu 8 bulan.

Sinopsis Sesejuk Maaf Di Kalbu



Sesejuk Maaf Di Kalbu


Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.

sinopsis Tautan Hati




Tautan Hati
Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara... rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini.


Sinopsis Stanza Cinta




Stanza Cinta



Amni Sorfina(Ketenangan yang suci)…seindah namanya seindah itulah peribadinya!! Dia hanyalah seorang wanita akhir zaman yang sedaya upaya untuk menjadi solehah. Namun..jalan yang terbentang dihadapannya selalu berombak... dan tidak pernah tenang. Ujian itulah teman baik yang selalu mengikutnya kemanapun dia melangkah.

Sinopsis Salju Sakinah



 Salju Sakinah


Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sum...ayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

(Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005).

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini


sinopsis seindah mawar berduri







 seindah mawar berduri

Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan. Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.

Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu karena rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar? Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki? Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai....

Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah? Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur, "Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun..." Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri...

sinopsis Tragedi Cinta Taj Mahal



Tragedi Cinta Taj Mahal


Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand.

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya.

Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia.

Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba.

Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?